Wednesday, August 18, 2010

Salam Ramadhan 1431 H

Ermmm lama sungguh tak update blog ni sampai dah terlupe ade blog sendiri hehe.. Skang dah bulan Ramadhan 1431 H cepatnya masa berlalu skang blaja pun dah Part 4 bulan oktober nak exam lak dah urmmmm.. Maybe masih lum terlambat lg kot nak ucap selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat dimana saja anda berada.. semoga pada ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan kepada kita semua amin.. Rindu sangat dengan kampun x sabo rasanya nak balik kampung halamanku yg telah lama aku tinggalkan hanya balik setahun skali jer nak wat mcm manekan dah nama pun merantau kenalah kuat sikit demi rezeki & ilmu yg di cari.. semoga mendapat keberkatan dari-NYA.. untuk bonda dan ayahanda yang tercinta sabo yer xlama lg ananda balik bertemu dengan ayahanda dan bonda.. kepada adik2 ku sekalian kakakmu ini sangat merindui korg..  :-)

Salam sayang untuk semua..

Thursday, December 10, 2009

Studyku...

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah result exam sem ni memuaskan walaupun xlah best sgt hehehe.. pasni dah nak start sem baru dah masuk sem 3 pun cepat gak masa berlalu dah setahun sy blaja kat UiTM Shah Alam.. Sem 3 ni plan nak ambik tiga paper jelah x larat nak ambik byk2 paper byk tanggungjawab lain gak yg kena pikir.. so harap2 dengan azam tahun 2010 nanti semuanya berjalan seperti yg dirancang dengan lancar.. Semoga kebahagiaan & Kejayaan akan di kecapi satu hari nanti.. Aminnn... Doakan sy ye kawan2.. :-)

Tuesday, December 8, 2009

TuHaN BeRi Aku CiNTa..


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Wednesday, July 29, 2009

Kisah Cinta Sejati...

Namaku Linda dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut. Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan ibuku, Yasmine Ghauri. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu. Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami, membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.
Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan.
Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.
Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang wanita, aku wajib bersikap baik terhadap suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.
Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.
Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.
Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.
Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, Linda. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau tahu kenapa?”
Aku menggeleng, dan ibuku berkata, “Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”
Itulah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan Ibuku, Yasmine Ghauri, mereka memberikan kami anak-anaknya pelajaran tentang tanggungjawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka memberikan contoh dari kehidupannya.

Tuesday, July 28, 2009

CINTA YANG SUCI


Kehadiran cintamu, Menyinari hidupku, Kehangat cintamu, Mengubati sepiku
Kelembutan hatimu, Mengubati lukaku, Kedamaian hatimu, Menyinari hidupku
Belaian manjamu, Penawar resahku, Keluhuran hatimu, Hanya kau kekasihku
Keagungan cintamu, Bersama impianku, Untuk hidup bersama
Sehingga keakhirnya, Makin membaraApi cintaku, Kaulah yang satu
Kaulah cintaku, Tak mungkin lagi, Berubah hati,Cinta yang suci,Cinta abadi....